Ikuti Kami:

Lancar Akaun Sosial Media Rasmi, INFINITE Beri ‘Hint’ Bakal Buat Comeback

Lancar Akaun Sosial Media Rasmi, INFINITE Beri ‘Hint’ Bakal Buat Comeback

Sudah lama tidak aktif sebagai satu kumpulan, adakah INFINITE akan kembali menemui peminat dengan muzik baru?

Terbaru pada 6 Mei, INFINITE telah mengumumkan bahawa akaun media sosial rasmi untuk kumpulan itu telah dibuka, sempena meraikan ulang tahun debut ke-13 mereka tak lama lagi.

Menerusi Instagram, akaun tersebut turut mengikuti kesemua enam ahli Kim Sung-kyu, Nam Woo-hyun, Dong-woo, Kim Myung-soo, Sung-yeol dan Sung-jong.

Selain itu, dalam video pendek berjudul “It’s INFINITE’s TIME now” turut memberitahu bahawa kumpulan itu akan melakukan siaran langsung di YouTube, bagi meraikan ulang tahun debut ke-13 INFINITE pada 9 Jun ini. Di bawah video tersebut, ada kapsyen yang ditulis,

Saluran YouTube rasmi INFINITE dibuka!

Hello, ini INFINITE. Masih dekat, masih bersama dan masih bersamamu.

INSPIRIT, kami di sini.

INFINITE, kita semua ada di sini.

Jangan lupa tonton siaran langsung INFINITE pada 9 Jun ini di YouTube!

Agak-agak mereka akan lancarkan lagu baru tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...