Ikuti Kami:

“Lambat..” – Peminat Merungut Agensi Jennie ODD ATELIER Lebih Teruk Dari YG, Tapi Kenapa?

“Lambat..” – Peminat Merungut Agensi Jennie ODD ATELIER Lebih Teruk Dari YG, Tapi Kenapa?

Selepas membuka agensi sendiri, peminat pastinya mengharapkan agar Jennie BLACKPINK akan lebih aktif dengan aktivitinya solonya terutamanya dalam bidang muzik.

Namun baru-baru ini, peminat telah meluahkan kekecewaan mereka dengan agensi Jennie iaitu ODD ATELIER, yang dikatakan lambat bertindak balas, kurang mempromosikan aktiviti solonya dan lebih teruk dari YG Entertainment.

Khususnya sebelum ini, Jennie dilapor akan membuat comeback dengan album solo pada bulan Jun. Namun 7 jam kemudian, baru agensinya itu memberi respon dan menafikan dakwaan tersebut.

Sama juga ketika wanita itu dilapor akan muncul dalam muzik video Zico dan harus lama menunggu kenyataan dari ODD ATELIER.

Kemudian untuk lagunya berkolaborasi dengan Matt Champion “Slow Motion”, agensi itu juga dilihat kurang memberikan promosi, menyebabkan lagu itu tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

Namun begitu, wakil dari agensi telah menegaskan bahawa Jennie tidak akan menyertai mana-mana rancangan hiburan lain selepas “Apartment 404” bagi memberi tumpuan untuk pembikinan albumnya.

Sama-sama la kita tunggu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...