Ikuti Kami:

Bukan BTS Atau BLACKPINK, Lelaki Ini Dilapor Penyanyi Paling Kaya Dalam Industri K-Pop Kini

Bukan BTS Atau BLACKPINK, Lelaki Ini Dilapor Penyanyi Paling Kaya Dalam Industri K-Pop Kini

Kalau cakap tentang kumpulan K-Pop paling popular, nama BTS, BLACKPINK atau TWICE pasti akan meniti di bibir orang ramai.

Namun begitu, menurut laporan dari Ten Asia, Park Jin-young atau juga dikenali sebagai JY Park, adalah penyanyi K-Pop paling kaya di industri pada masa ini.

Pasti ramai yang lebih mengenalinya sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JYP Entertainment kan? Tapi kalau korang nak tahu, Park Jin-young juga merupakan idola generasi pertama yang debut pada 1992 dan sehingga kini, dia masih aktif melancarkan muzik dan meneruskan aktivitinya sebagai penyanyi.

jyp entertainment

Dengan pencapaiannya yang sudah berjaya mencipta banyak kumpulan popular seperti Miss A, 2PM, WONDER GIRLS, TWICE dan ITZY, sebahagian besar pendapatannya dijangka adalah daripada hasil hak cipta.

Menurut laporan, lelaki berusia 52 tahun itu memiliki 5,402,311 saham syarikat itu dan mempunyai nilai aset kira-kira $287 juta USD (RM1,362,460,750) setakat 3 April 2024.

Fuhh power la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ten Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...