Ikuti Kami:

“Lama Tunggu Tapi..” – Sertai Khidmat Tentera, Peminat Sedih Jinhwan Tiada Ketika Konsert iKON Di Malaysia

“Lama Tunggu Tapi..” – Sertai Khidmat Tentera, Peminat Sedih Jinhwan Tiada Ketika Konsert iKON Di Malaysia

Ada berita sedih buat peminat Jin-hwan yang ingin menontonnya ketika konsert iKON di Malaysia nanti..

Terbaru pada 7 Julai, Jin-hwan telah mengumumkan kepada peminat bahawa dia akan menyertai servis khidmat ketenteraan tak lama lagi.

Tulis penyanyi itu di Instagram miliknya,

Saya menulis mesej ini kerana saya fikir saya perlu memberitahu anda semua sebelum orang lain.

Saya akan menyertai tentera pada 20 Julai.

Saya berasa kesal kerana banyak perkara yang telah saya sediakan dan banyak perkara yang saya masih belum berkesempatan untuk menunjukkan kepada anda, tetapi kerana saya tahu peminat kami yang telah menunggu saya akan berasa lebih sedih, saya akan ringkaskan perkara ini.

Saya akan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas saya dan kembali dengan cepat, jadi mari mencari kekuatan sambil memikirkan satu sama lain, dan harap awak sentiasa sihat.

Terima kasih kerana sentiasa menceriakan saya di sisi saya, dan saya sayang awak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김진환 JAY ジナン (@gnani_____)

Untuk pengetahuan, “2023 iKON World Tour Take Off in Kuala Lumpur” akan berlansung pada 22 Julai, iaitu 2 hari selepas Jin-hwan mendaftar di tentera.

Meninjau di Twitter, peminat di Malaysia rata-rata meluahkan rasa sedih mereka kerana tidak melihat persembahan Jin-hwan di konsert itu nanti. Antara luahan yang ditulis,

Sedihnya..saya dah lama tunggu konsert iKON tapi Jin-hwan pula tiada..

 

Peminat di Malaysia akan menjadi iKONIC pertama yang melihat persembahan mereka tanpa penyanyi vokal utama..

 

Saya pasti semua ahli lain akan merinduinya nanti.

Hmm sedihnya..tapi apa-apa pun, selamat berkhidmat Jin-hwan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...