Ikuti Kami:

“Lama Saya Tunggu..” – Kim Soyeon Dedah Hadiah Hari Jadi Istimewa Dari Suami, Lee Sangwoo

“Lama Saya Tunggu..” – Kim Soyeon Dedah Hadiah Hari Jadi Istimewa Dari Suami, Lee Sangwoo

Umum pasti mengetahui pasangan Kim So-yeon dan suaminya Lee Sang-woo sudah berkahwin pada 2017, selepas sama-sama membintangi drama “Happy Home”.

Terbaru pada siaran 3 Mei, pelakon Kim So-yeon telah tampil sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada berkongsi mengenai pelbagai perkara dari kerjaya sehingga kehidupan peribadinya.

Dalam video pra-keluaran yang dikongsi, pengacara Yoo Jae-suk ada bertanya,

Saya mendengar bahawa suami awak Sang-woo adalah jenis yang menunjukkan cinta secara tegas. Bukankah awak mengatakan bahawa dia tidak sering menghidupkan dandang (pemanas) di rumah? Kenapa?

Jawab Kim So-yeon,

Pada masa itu, Sang-woo mempunyai kepercayaan bahawa untuk tidak berasa sedih dengan kesejukan di luar, suhu dalam rumah perlu dikekalkan pada suhu yang sesuai.

kim soyeon

Jelas pelakon wanita itu lagi sambil berkongsi hadiah hari jadi istimewa yang diterima dari suaminya,

Saya sering kesejukan jadi saya mahu menghidupkan dandang dari akhir September hingga Oktober. Tetapi dia selalu berkata ‘Tidak’. Hari lahir saya ialah 2 November dan dia berkata dia akan menghidupkannya pada masa itu. Pada hari lahir saya tahun lepas, dia terus menghidupkan suis dandang sebaik sahaja dia bangun.

Tambah Kim So-yeon sambil ketawa,

Hari lahir tidak bermakna kerana saya semakin tua sekarang tetapi awak tidak tahu berapa lama saya tunggu hari lahir saya kerana itu. Saya fikir, ‘Oh hari jadi ada faedahnya’.

Sweet sangat la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...