Ikuti Kami:

Lama Diam Dek Kontroversi, Seo Yeji Sah Mula Penggambaran ‘Eve’s Scandal’ Hari Ini

Lama Diam Dek Kontroversi, Seo Yeji Sah Mula Penggambaran ‘Eve’s Scandal’ Hari Ini

Ramai pasti teringat dengan kes yang melibatkan pelakon Seo Ye-ji dan Kim Jung-hyun pada awal tahun ini kan?

Selepas pendedahan mengenai pertelingkahan antara mereka ketika masih bercinta, kedua pelakon itu memilih untuk mendiamkan diri dek kritikan ramai.

Walaubagaimanapun, Seo Ye-ji menarik perhatian ramai apabila timbul berita bahawa dia akan kembali ke kaca televisyen tak lama lagi menerusi sebuah naskhah baru.

Menurut laporan media, drama tvn iaitu “Eve’s Scandal” yang dikatakan menampilkan Seo Ye-ji dan Lee Sang-yeob sebagai teraju utama sudah pun memulakan penggambaran hari ini.

seo yeji

Respon tvN,

Barisan pelakon (Seo Ye-ji, Yoo Sun, Lee Sang-yeob, Park Byeong-eun) dah disahkan, memang benar penggambaran pertama berlangsung hari ini.

Untuk pengetahuan, “Eve’s Scandal” ialah sebuah kisah mengenai penceraian dalam keluarga kaya bernilai 2 trilion won (RM7.164 bilion) yang bakal menghuru-harakan Korea. Seo Ye-ji dilapor membawakan watak Lee Ra-el, wanita yang dilahirkan kepada bapa yang bijak dan ibu yang cantik namun terpaksa berubah dek sejarah malang keluarganya. Manakala Lee Sang-yeob pula membawa watak Seo Eun-pyeong iaitu seorang peguam hak manusia.

Akhirnya Seo Ye-ji buat comeback juga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...