Ikuti Kami:

“Pertelingkahan Biasa Pasangan Bercinta..” – Agensi Perjelas Kontroversi Seo Yeji ‘Kawal’ Kim Junghyun

“Pertelingkahan Biasa Pasangan Bercinta..” – Agensi Perjelas Kontroversi Seo Yeji ‘Kawal’ Kim Junghyun

Beberapa hari ini, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kisah percintaan Seo Ye-ji dan Kim Jung-hyun pada tahun 2018 yang dilihat sebagai tidak profesional memandangkan ia menjejaskan penggambaran drama “Time” pada ketika itu.

Hanya mendiamkan diri, akhirnya agensi Seo Ye-ji tampil memberikan kenyataan rasmi bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada pelakon wanita tersebut.

Hello, ini ialah Gold Medalist. Ini ialah pendirian rasmi kami mengenai pelbagai laporan melibatkan pelakon Seo Ye-ji.

Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kerana lambat menyampaikan kenyataan rasmi ini.

Daripada pengesahan dengan Kim Jung-hyun sendiri, disahkan bahawa kontroversi berkaitan drama tersebut bukanlah disebabkan oleh Seo Ye-ji dan dia juga meluahkan hasrat untuk memberikan kenyataan rasmi juga. Pun begitu, ianya akan megambil sedikit masa memandangkan pelbagai isu yang bertimpa-timpa. Disebabkan oleh khabar angin ini yang tersebar dengan pantas, kami diberitahu yang ianya adalah okay bagi kami untuk berkongsi dahulu pendirian kami dan sekaligus menjelaskan semuanya. Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kerana lambat memberikan keterangan ini.

Bukan itu sahaja, kami ingin memohon maaf kerana kekacauan yang timbul kepada filem “Recalled”, pelakon lain dan juga para wartawan memandangkan Seo Ye-ji tidak menghadiri sidang akhbar dan prebiu media hari ini.

Selain daripada pendirian Kim Jung-hyunm kami juga ingin menjelaskan kenyataan kami. Sangat susah untuk memahami tindakan pelakon utama sesebuah drama yang tidak boleh berlakon mengikut kehendak sendiri hanya kerana permintaan orang lain, mengikut berita yang tersebar. Sangatlah mustahil bagi pelakon untuk berlakon dan menjalani penggambaran tanpa kebebasan sendiri.

kim junghyun dan seo yeji

Tidak ditunjukkan dalam perbualan mesej yang didedahkan, namun terdapat juga perbualan di antara Kim Jung-hyun dan Seo Ye-ji di mana lelaki tersebut meminta dia tidak merakamkan babak ciuman semasa bekerja untuk drama yang lain. Seo Ye-ji juga membalas, ‘kalau macam itu, awak pun jangan buat’ dan mereka berbalas mesej yang berbaur cemburu dek sentuhan fizikal dengan orang lain. Ini dapat dilihat sebagai pertelingkahan biasa di antara pelakon wanita dan pelakon lelaki yang bercinta dalam industri yang sama.

Walaubagaimanapun, kesemua pelakon boleh menjalani penggambaran secara normal dan memisahkan diri mereka daripada perselisihan faham dek pasangan. Kami percaya Kim Jung-hyun juga pasti mempunyai masalah peribadi yang lain.

Malah, sebahagian daripada perbualan di antara dua individu itu didedahkan kepada umum di mana ianya tidak sepatutnya dibongkarkan. Kami rasa ianya menyebabkan salah faham kerana perselisihan faham antara kekasih tidak simpan secara peribadi.

Sebagai hasilnya, kami meluahkan rasa kesal kerana menyebabkan ramai yang berasa risau dek perasaan tidak matang Seo Ye-ji ketika bercinta.

Bukan itu sahaja, Gold Medalist turut menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa Seo Ye-ji menipu mengenai latar belakang pendidikannya. Menurut mereka, pelakon wanita itu memang benar-benar menerima tawaran memasuki Madrid’s Complutense University of Madrid tapi terpaksa membatalkan hasratnya kerana menerima tawaran untuk menjadi pelakon di Korea.

Selain itu, agensi pelakon wanita itu turut menolak sekeras-kerasnya mengenai tuduhan keganasan di sekolah yang timbul selepas kontroversi ini tersebar di serata media sosial.

Nantikan pula kenyataan rasmi daripada Kim Jung-hyun nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...