Moon Geun-young mempamerkan visualnya yang segar.
Pada 2 haribulan, Moon Geun-young memuat naik mesej dan gambar di Instagram, “Sudah lama tak pakai solekan sendiri~ Canggung tapi menyeronokkan.”
Dalam gambar yang dikongsikan, Moon Geun-young mempamerkan kecantikannya dengan kulit putih yang masih terserlah. Moon Geun-young, yang memakai solekan sendiri, menunjukkan pesonanya yang menyegarkan dengan visual yang cerah.
View this post on Instagram
Mereka yang melihat gambar tersebut berkata, “Kamu sangat cantik” dan “Tiada satu hari pun di mana kamu tak cantik. Saya sayang kamu.”
Sebelum ini, Moon Geun-young mengakui masalah kesihatan yang dialaminya dek berat badan yang mencanak naik. Bagi yang tidak mengetahui, pelakon itu telah menjalani empat pembedahan untuk sindrom petak akut.
Terdahulu, Moon Geun-young membuat penampilan khas dalam siri Netflix musim kedua “Hellbound” pada tahun lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.