Setelah lama menyepi dalam dunia lakonan, Moon Geun-young akhirnya akan kembali menemui penonton dalam “Hellbound 2”.
Terbaru pada 21 Oktober, Moon Geun-young telah menghadiri sidang media untuk tayangan musim kedua “Hellbound”, bersama pelakon lain seperti Kim Sung-cheol dan Kim Hyun-joo.
Memandangkan ini adalah penampilan pertama Moon Geun-young di umum setelah sekian lama, ramai rata-rata terkejut melihat badannya yang nampak lebih berisi dan bimbang tentang kesihatannya.
View this post on Instagram
Tambahan pula, sebelum ini pada 2017, pelakon itu telah menjalani empat pembedahan untuk sindrom petak akut.
Mengenai hal ini, Moon Geun-young tampil memberi respon di Instagram dengan menjelaskan,
Saya terkejut dengan betapa ramai orang mengambil berat tentang kesihatan saya. Saya sangat bersyukur. Jadi, saya ada permintaan untuk wartawan!!!! Saya telah pulih sepenuhnya dan saya harap anda akan melaporkan bahawa saya berada dalam keadaan sangat sihat sekarang.
Sambungnya lagi,
Walaupun berat badan saya naik sedikit…🤣 Saya sedang berdiet sambil menonton video ‘Fact Attack’ setiap hari. Daripada bimbang tentang kesihatan saya, saya harap anda akan menyokong saya dalam kejayaan diet saya 🥰
Sementara itu, “Hellbound 2” akan ditayangkan pada 25 Oktober ini.
Fighting Moon Geun-young!