Ikuti Kami:

Lalui Pelbagai Kesukaran, Jin Dedah BTS Hampir Dibubarkan Pada 2018

Lalui Pelbagai Kesukaran, Jin Dedah BTS Hampir Dibubarkan Pada 2018

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 10 tahun BTS aktif sejak debut.

Terbaru, Jin yang sedang menjalani khidmat ketenteraan, telah muncul dalam episod baru program Suga “Suchwita” di YouTube.

Untuk pengetahuan, Jin telah merakam episod tersebut sebelum dia mendaftar di tentera pada Disember tahun lepas dan hanya dikeluarkan pada bulan Jun atas permintaannya.

Khususnya dalam siaran itu, J-Hope muncul sebagai tetamu kejutan. Kemudian, Suga mengimbas kembali masa BTS menerima anugerah Daesang di MAMA (Mnet Asian Music Awards) pada 2018. Suga berkata,

J-Hope menangis. Awak tak menangis juga?

bts jin

Jawab Jin sambil menjelaskan sebab semua ahli berasa sebak dan menangis pada ketika itu,

Awak menangis. Ia benar-benar sukar untuk mental kita semua pada awal tahun itu. Kami juga bercakap tentang sama ada untuk dibubarkan atau tidak dan banyak memikirkannya. Tetapi, kami bersatu dan saya sangat gembira kerana kami dapat menerima anugerah yang luar biasa.

Sambung ahli tertua BTS itu lagi,

Itu adalah semasa kami sedang mempromosikan lagu ‘Fake Love’. Selama kira-kira tiga bulan, kami hanya mempunyai satu hari cuti untuk setiap bulan. Dari segi mental dan fizikal, ia terlalu sukar untuk kami dan kami hanya mahu melepaskan semuanya. Kami juga ada fikir seperti ‘Saya tak boleh melakukan ini lagi. Mari kita berhenti di sini’.

Selepas mendengar luahan Jin, Suga berkata,

Sudah tentu, ia sukar pada masa itu. Tetapi, kerana kami berjaya melaluinya, kami dapat terus melakukan apa yang kami lakukan.

Fighting BTS!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...