Sudah hampir 10 tahun debut sebagai ahli BTS, Suga pastinya ada terfikir tentang berapa lama dia ingin teruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

Terbaru pada 21 Mei, Suga telah mengadakan acara pertemuan peminat kecil ‘Agust D ‘D-DAY: Movie Night’ yang berlangsung di Seoul.
Ketika berborak bersama peminat, idola itu berkongsi mengenai perjalanan kerjayanya sebagai ahli BTS,
Saya membayangkan diri saya membuat persembahan sehingga usia 60-an.
Sebagai respon, peminat berteriak,
Tolong ceriakan pentas sehingga detik-detik terakhir awak.
Jawab Suga,
Biar saya berehat sebentar sebelum saya mati. Saya rasa saya tidak akan dapat memegang mikrofon pada umur itu!
Hmm..peminat kena hormat tau keputusan Suga.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉