Ikuti Kami:

Lakonan Penuh Ekspresi Dipuji, Penonton Luah Lee Sungmin Layak Terima Anugerah Daesang

Lakonan Penuh Ekspresi Dipuji, Penonton Luah Lee Sungmin Layak Terima Anugerah Daesang

Mesti ramai yang tengah tonton drama “Reborn Rich” sekarang, kan?

Bagi yang belum tahu, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Dalam drama ini, Lee Sung-min menghidupkan watak sebagai pengerusi Jin Yang-chul dan lakonannya memang tidak dinafikan memberikan impak hebat pada plot drama.

Khususnya lakonan Lee Sung-min telah dipuji dalam satu episod baru-baru ini, di mana Jin Yang-chul menyedari bahawa ahli keluarganya cuba membunuhnya, namun dia gagal mengenali cucunya sendiri iaitu Jin Do-jin (Song Joong-ki).

Ekspresi paniknya dalam menyatakan rasa takut apabila sedar bahawa keluarganya mengejarnya untuk membunuhnya, telah dipuji penonton kerana berjaya menggambarkan emosi yang sempurna.

Dengan ini, ramai yang meluahkan bahawa pelakon itu layak memenangi anugerah Daesang iaitu anugerah utama pada tahun ini. Antara komen yang ditulis netizen:

Dia benar-benar sangat pandai berlakon.

 

Lee Sung-min memang betul-betul layak dapat Daesang tahun ini.

 

Beri dia Daesang sekarang!

Memang feeling habis tengok Lee Sung-min berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...