Ikuti Kami:

Bintangi 3 Drama & 1 Filem, Lee Sungmin Antara Pelakon Paling Sibuk Pada 2022

Bintangi 3 Drama & 1 Filem, Lee Sungmin Antara Pelakon Paling Sibuk Pada 2022

Nampaknya, pelakon Lee Sung-min sibuk dengan pelbagai naskhah pada tahun ini.

Bagi siapa yang seronok menonton drama “Reborn Rich” kini, pastinya akan mengenali pelakon Lee Sung-min, yang membawa watak sebagai Pengerusi Jin Yang-chul iaitu pengasas Kumpulan Sunyang.

Untuk pengetahuan, “Reborn Rich” adalah drama ketiga yang dibintagi Lee Sung-min pada tahun 2022 selepas “Juvenile Justice” dan “Shadow Detective”.

Pada Februari lepas, pelakon itu telah menemui penonton menerusi drama “Juvenile Justice”, di mana dia membawa watak sebagai Kang Won-joong, seorang ketua hakim yang mementingkan adat dan prinsip.

lee sungmin

Kemudian pada Oktober, Lee Sung-min membintangi siri Disney+ “Shadow Detective” dengan menghidupkan watak Kim Taek-rok, seorang detektif yang sudah bersara namun, mengetuai sebuah kes yang menakjubkan.

Bukan sahaja drama, Lee Sung-min juga turut menemui penonton di layar perak menerusi filem “Remember”, dan dia membawa watak Pil Joo, seorang lelaki berusia 80 tahun yang menghidap penyakit Alzheimer. Tambahan, pelakon itu juga telah mewujudkan keserasiannya bersama Nam Joo-hyuk dalam filem berkenaan.

lee sungmin

Dalam pada itu, “Shadow Detective” turut disahkan akan kembali dengan musim kedua, dan dijadualkan untuk tayang pada 2023 nanti menerusi Disney+.

Sibuk betul Lee Sung-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...