Ikuti Kami:

Lakonan Park Eunbin Dipuji, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Tersenarai Tinggi Di Netflix Beberapa Negara

Lakonan Park Eunbin Dipuji, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Tersenarai Tinggi Di Netflix Beberapa Negara

Bukan sahaja di Korea, nampaknya “Extraordinary Attorney Woo” turut menerima perhatian hebat dari penonton luar negara.

Drama saluran ENA ini membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Meskipun baru 2 episod sahaja ke udara, drama itu berjaya meraih rating yang tinggi buat saluran berkenaan iaitu 1.8%. Malah ianya turut tersenarai tinggi di Netflix beberapa negara kini.

netflix extraordinary attorney woo

Di tangga kedua di Netflix Korea, “Extraordinary Attorney Woo” menduduki tangga ke-5 di negara seperti Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand selain berada di tangga ke-6 di Malaysia.

Antara komen penonton,

Masalahnya dengan drama ini ialah ia hanya mempunyai 2 episod seminggu.

 

Saya menyesal menonton drama ini pada hujung minggu kerana tiada apa yang mahu dilakukan. Saya akan marathon kesemuanya apabila ia habis tayangan nanti!

 

Cepatlah tayang episod seterusnya.

 

Best sangat drama ini.

 

Saya nak cepat-cepat tengok episod seterusnya.

ena extraordinary attorney woo

Dalam pada itu, pelakon Park Eun-bin yang membawa watak Woo Young-woo turut menerima pujian hebat kerana kemampuan untuk menyampaikan watak yang unik itu dengan berkesan.

Best sangat drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...