Ikuti Kami:

Kisah Peguam Autisme, Episod Awal ‘Extraordinary Attorney Woo’ Raih Pujian Hebat

Kisah Peguam Autisme, Episod Awal ‘Extraordinary Attorney Woo’ Raih Pujian Hebat

Tak dinafikan Park Eun-bin merupakan pelakon Korea yang boleh dipercayai oleh semua penonton.

Terbaru, wanita itu telah membawa imej berlainan sebagai Woo Young-woo, seorang peguam autisme yang menyelesaikan pelbagai kes dengan caranya tersendiri dalam drama “Extraordinary Attorney Woo”.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, Woo Young-woo disajikan dengan kes yang mencabar kredibilitinya sebagai peguam. Walau bagaimanapun, dengan sokongan rakan dan keluarga rapat, peguam itu berjaya menyelesaikan kes berkenaan dengan baik.

ena extraordinary attorney woo

Malah Woo Young-woo yang sering tidak dilayan apabila bercerita mengenai ikan paus telah menemui rakan baru iaitu Lee Jun-ho yang seronok melayannya. Malah lelaki itu juga kelihatan tertarik dan mahu belajar menjadi peguam yang baik dari Woo Young-woo.

Meskipun menyentuh pelbagai isu guaman, namun “Extraordinary Attorney Woo” berjaya menjelaskan hal itu dalam susut yang ringan selain disertai dengan telatah Woo Young-woo yang comel namun berdedikasi.

Dalam pada itu, penonton memberikan tepukan gemuruh buat Park Eun-bin kerana berjaya melakonkan watak peguam autisme itu dengan baik dan meyakinkan.

ena extraordinary attorney woo

Untuk episod awal ini, siri ENA ini telah mencatatkan rating yang memberangsangkan untuk tayangan perdananya iaitu 0.9% sebelum meningkat ke 1.8% ketika episod seterusnya.

Bagi yang tak tahu “Extraordinary Attorney Woo” ditayang di mana, korang boleh menonton siri ini di Netflix kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...