Ikuti Kami:

Lakonan Dalam ‘The Glory’ Dipuji, Song Hyekyo Akui Rasa Tak Sedap Hati Atas Sebab Ini

Lakonan Dalam ‘The Glory’ Dipuji, Song Hyekyo Akui Rasa Tak Sedap Hati Atas Sebab Ini

Nampaknya, Song Hye-kyo telah berjaya membuktikan kepada penonton bahawa dia seorang pelakon yang serba boleh menerusi transformasinya dalam “The Glory”.

Baru-baru ini, Netflix telah melancarkan video “[The Glory] Ulasan & Reaksi” menerusi saluran YouTube rasmi mereka, di mana para pelakon dan penulis berkongsi cerita disebalik tabir penggambaran.

Untuk pengetahuan, Song Hye-kyo telah membawa kelainan dalam “The Glory”, di mana wataknya ingin membalas dendam kepada pembulinya di sekolah dahulu dan lakonannya menerima reaksi positif dari penonton.

Dalam video itu, Song Hye-kyo turut bercakap mengenai pujian yang diterima atas lakonannya dalam drama tersebut. Dia menjelaskan pada awalnya,

Apabila saya membaca skrip tentang adegan ketika Moon Dong-eun muncul di hadapan Park Yeon-jin dan pembulinya yang lain, saya tak tahu tahap kegilaan yang bagaimana saya harus lakonkan kerana di dalam skrip hanya tertulis ‘seperti orang gila’. Jadi, saya berlakon dengan tahap yang saya fikirkan tetapi pengarah minta saya untuk berlakon lebih lagi ‘seperti orang gila’. Ketika itulah, keadaan jadi semakin tegang.

Kemudian, apabila ditanya bagaimana perasaannya selepas menerima banyak pujian mengenai perubahan lakonannya, Song Hye-kyo menjawab,

Saya rasa sedikit tidak sedap hati. Saya tertanya-tanya apa yang saya lakukan sekarang. Saya sedar saya tidak menunjukkan sisi ini kepada penonton sehingga kini dan saya tahu saya harus bekerja lebih keras.

Memang mantap Song Hye-kyo berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...