Ikuti Kami:

‘The Glory’ Popular Kini, Ini 7 Lagi K-Drama Papar Kisah Buli Di Sekolah

‘The Glory’ Popular Kini, Ini 7 Lagi K-Drama Papar Kisah Buli Di Sekolah

Korang tahu tak, selain “The Glory”, ada banyak lagi drama buatan Korea yang menyentuh tentang isu buli di sekolah.

Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi beberapa K-Drama yang membawa kisah tentang keganasan buli di sekolah, yang akan memberi teladan buat penonton.

Jom lihat senarai di bawah!

Shadow Beauty 

shadow beauty

Diadaptasi dari webtoon popular, “Shadow Beauty” mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan bernama Goo Ae-jin (Shim Dal-gi) yang menjadi mangsa buli di sekolah kerana penampilannya yang kurang menarik. Disebabkan itu, selepas sekolah, Ae-jin mengubah identitinya dengan memakai solek dan menjadi bintang media sosial.

Revenge of Others

revenge of others

“Revenge of Others” mengikuti seorang pelajar sekolah menengah berusia 19 tahun Ok Chan-mi (Shin Ye-eun), yang cuba mencari pembunuh abangnya. Ketika di sekolah baru, dia bertemu dengan Ji Soo-heon (Park Solomon) yang cuba membalas dendam kepada pembuli di sekolah tersebut.

Weak Hero Class 1

weak hero class 1

“Weak Hero Class 1” mengisahkan tentang seorang pelajar contoh yang cemerlang di sekolah, tetapi menjadi sasaran mudah pembuli kerana kelemahan fizikalnya. Oleh itu, dia akan melawan menggunakan otaknya. Ianya dibintangi Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook, Hong Kyung, Lee Yeon dan Shin Seung-ho.

Class of Lies

class of lies

“Class of Lies” mengikuti kisah Gi Moo-hyeok (Yoon Kyun-sang), seorang peguam berprofil tinggi yang menyamar jadi guru ganti Gi Kang-jae, di sebuah sekolah menengah swasta elit bagi menyiasat kes pembunuhan seorang pelajar perempuan.

School 2015

school 2015

Drama “School 2015” turut tidak terkecuali dalam senarai ini kerana adegan buli yang banyak dipaparkan dalam siri tersebut. Kalau korang nak tahu, drama ini mengikuti Eun-bi (Kim So-hyun), seorang anak yatim yang dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan. Dari aksi seperti memukul, mengugut dan bermacam lagi, Eun-bi berasa sangat marah dan menganggap bahawa kematian hanyalah cara untuk membebaskan dirinya.

How to Buy a Friend

how to buy a friend

Diterajui Lee Shin-young, Shin Seung-ho dan Kim So-hye, “How to Buy a Friend” akan memfokuskan tentang seorang pelajar sekolah Park Chan-hong yang dibuli oleh sekumpulan pelaku. Kemudian, dia mengupah Heo Don-hyuk yang dikenali sebagai ‘Iron Man’ di sekolah itu, untuk melindunginya.

Boys Over Flowers

boys over flowers

Peminat K-Drama pastinya akan tahu dengan drama ikonik “Boys Over Flowers”. Diterajui Ko Hye-sun, Lee Min-ho, Kim Bum, Kim Hyun-joong dan Kim Joon, drama ini mengisahkan tentang pelajar sekolah yang dibuli oleh kumpulan popular F4 dan Geum Jan-di yang menjadi sasaran baru mereka.

Korang pernah layan tak semua drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...