Sehingga hari ini, isu percintaan antara Ryu Jun-yeol bersama Han So-hee dan bekas kekasihnya Hye-ri, masih hangat menjadi bualan.

Terbaru, seorang netizen Korea telah memuat naik foto tayangan semula episod 5 drama Hye-ri dan Ryu Junyeol iaitu “Reply 1988” di saluran tvN, beserta kapsyen yang ditulis,
Kemas kini saluran tvN…gila huh.
tvN 채널 근황… 미친거 아님?! pic.twitter.com/4MhOe3JZPa
— 연예이슈 아카이빙 (@enter_issue) March 16, 2024
Menerusi gambar yang dikongsi, tvN seolah-olah memerli isu yang terjadi antara Ryu Jun-yeol dan bekas kekasihnya itu, dengan meletakkan kapsyen untuk episod berkenaan menggunakan nama sebenar mereka,
Ryu Jun-yeol tidak boleh tidur memikirkan Hye-ri.
Komen netizen terhibur,
Laju betul tvN buat kerja!
Hye-ri kan anak emas tvN, mestilah diorang akan berpihak kepadanya.
tvN pun team Hye-ri!
Macam perli je tu, siap guna nama sebenar mereka lagi.
Alamak!