Ikuti Kami:

“Awak Semua Bodoh Ke?” – Isu Perli Hyeri Tular, Komen Carutan Han Sohee Di IG Kembali Jadi Perhatian

“Awak Semua Bodoh Ke?” – Isu Perli Hyeri Tular, Komen Carutan Han Sohee Di IG Kembali Jadi Perhatian

Isu dikatakan perli Hye-ri tular, netizen Korea telah ‘menggali’ semula komen-komen lama Han So-hee di Instagramnya sebelum ini.

Pada 15 Mac, Han So-hee telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story, yang seolah-olah memerli Hye-ri dan sepertinya menafikan hubungannya dengan bekas kekasih wanita itu.

Namun pada 16 Mac, pelakon “The World of the Married” itu sendiri telah mengesahkan bahawa memang benar dia dan Ryu Jun-yeol mempunyai perasaan pada satu sama lain, serta meminta maaf pada Hye-ri kerana bertindak mengikut perasaan.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai, netizen Korea juga telah memuat naik semula komen carutan yang ditulis Han So-hee di Instagram, sebelum dia debut.

han sohee instagram

Menerusi foto yang dikongsi, nama Instagram wanita itu sebelum ini adalah @x_junk dan antara komen yang ditulisnya pada ketika itu berbunyi,

Awak kepala besar, adakah awak semua bodoh? Kenapa awak gosip tentang saya, mengatakan saya kelihatan seperti seseorang? Bitc**s gila. Saya langsung tidak kelihatan seperti orang itu. Teruskan bercakap kosong, f*ck. Adakah ini tempat bersembang untuk awak semua? ㅋㅋㅋㅋ

Reaksi netizen selepas komen Han So-hee itu kembali meraih perhatian,

Itu adalah dia ketika debut dan dia adalah orang biasa pada ketika itu. Jadi, tiada masalah pada saya.

 

Bukan salah dia..orang lain yang cari gaduh dengan dia dulu.

 

Kalau lelaki yang mencarut orang akan anggap ianya ‘cool’, salah ke kalau perempuan pun mencarut juga?

 

Secara jujur, ada je sesetengah selebriti yang mencarut walaupun selepas mereka debut tapi Han So-hee memaki hamun orang sebelum debutnya. Perlu ke untuk kritik dia?

Han So-hee hanya mempertahankan diri dia je kan waktu tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...