Ikuti Kami:

Lahir 1997, Minnie (G)I-DLE, Lisa BP, Jihyo & Mina TWICE Papar Hubungan Rapat

Lahir 1997, Minnie (G)I-DLE, Lisa BP, Jihyo & Mina TWICE Papar Hubungan Rapat

Siapa je tak kenal antara kumpulan popular dalam dunia hiburan K-Pop iaitu BLACKPINK, TWICE dan (G)I-DLE?

Terbaru pada 22 Jun, Minnie (G)I-DLE telah berkongsi beberapa foto comel bersama dengan Lisa BLACKPINK, Ji-hyo dan Mina dari kumpulan TWICE. Keempat-empat mereka nampaknya telah meluangkan masa bersama dengan mengambil gambar di dalam bilik foto, sambil memaparkan hubungan mesra.

Untuk pengetahuan, 4 idola popular itu merupakan sahabat sama umur yang lahir pada tahun 1997. Minnie dan Lisa berasal dari Thailand, Mina dari Jepun dan Ji-hyo dari Korea.

minnie lisa jihyo mina

Memandangkan ahli dari 3 kumpulan itu jarang berkongsi tentang persahabatan mereka, peminat nampaknya seronok melihat interaksi antara keempat sahabat itu. Antara reaksi teruja yang ditulis:

Saya fikir ini tidak akan berlaku kerana jadual sibuk mereka tetapi mereka sangat comel 😭😭

Apa ini!!! Saya tidak menjangkakannya!

Sahabat 97!

Semua comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...