Ikuti Kami:

Lagu ‘Winter Bear’ V BTS Berjaya Cecah Lebih 100 Juta Penonton

Lagu ‘Winter Bear’ V BTS Berjaya Cecah Lebih 100 Juta Penonton

V BTS kini berjaya membuat pencapaian yang mengagumkan!

Muzik video V BTS iaitu “Winter Bear” berjaya mencapai 100 juta penonton sejak ianya dilancarkan pada 10 Ogos 2019 lalu. Pencapaian ini adalah antara satu tahap kejayaan terbaru oleh V yang mampu dibuktikan sejak bergelar penyanyi.

Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata dalam kalangan amat memuji hasil pembikinan sendiri lagu oleh V.

“Jiwanya yang tenang! Ia membuatkan dia sangat istimewa! Sepanjang menjadi penyanyi, dia menjadi versi dirinya yang lebih baik, walaupun dia masih berusaha keras untuk melakukannya.”

 

“Mari kita terima hakikat bahawa suara Tae-hyung yang dalam bukan sekadar suara dalam biasa. Ia adalah suara yang sukar dijangkau tidak kira berapa banyak usaha yang anda lakukan kerana suaranya yang mendalam mempunyai sesuatu yang boleh menusuk ke dalam jiwa anda. Ia bukan sahaja suara yang dalam, ia juga menjiwai.”

 

“Lagu ini selesa dan hangat!!!”

 

“Saya tidak dapat meluahkan semua emosi yang saya alami mendengar suara yang indah ini dan menonton video yang menakjubkan. Saya sayang awak Tae-hyung.”

Syabas V!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...