Ikuti Kami:

Lagu LE SSERAFIM ‘ANTIFRAGILE’ Berjaya Kekal Dalam Carta Billboard Global Selama 22 Minggu

Lagu LE SSERAFIM ‘ANTIFRAGILE’ Berjaya Kekal Dalam Carta Billboard Global Selama 22 Minggu

Nampaknya kejayaan kumpulan idola generasi ke-4 iaitu LE SSERAFIM makin meningkat!

Terkini menurut carta Billboard, lagu “ANTFRAGILE” oleh LE SSERAFIM telah berada di tempat ke-96 dalam carta Billboard Global tidak termasuk di Amerika Syarikat.

Selain itu, lagu ini juga telah naik lapan anak tangga dalam carta Billboard Global 200 dan berada di tempat ke-170 kini.

le sserafim

Untuk maklumat korang, “ANTIFRAGILE” merupakan lagu dari album mini kedua mereka selepas “FEARLESS”. Kedua-dua album ini dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2022.

Sekadar info, agensi Source Music telah mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal membuat kemunculan semula mereka pada bulan Mei namun tiada tarikh tetap lagi.

Apa-apa pun, tahniah LE SSERAFIM!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...