Nampaknya, program muzik “Music Bank” ada pengacara barulah!
Terbaru, salah seorang dari ahli kumpulan LE SSERAFIM iaitu Eun-chae telah diumumkan sebagai pengacara baru “Music Bank” dan akan bergandingan dengan pelakon Lee Chae-min.
Akan mula berkhidmat sebagai pengacara pada 10 Februari nanti, Eun-chae meluahkan perasaannya di Twitter,
Boom! saya sangat gemuruh dan gembira! Jumpa awak semua pada setiap hari Jumaat.
Selain itu, ahli LE SSERAFIM yang lain turut meraikan kegembiraan mereka bersama Eun-chae dengan membuat ciapan,
Semua orang! Eun-chae kami telah menjadi M(an) C(hae) untuk ‘Music Bank’. Malah, MC Eun-chae juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang!
여러분!!!!!!!! 우리 만채 뮤직뱅크 M(an)C(hae)됐어요!
은행장 MC은채 많관부!!!!🙏💙🏦#LE_SSERAFIM #홍은채 #HONGEUNCHAE #르세라핌 #허윤진 #HUHYUNJIN pic.twitter.com/vimCSrDPff— 르세라핌 (@IM_LESSERAFIM) February 3, 2023
Info tambahan, selepas Won-young IVE meninggalkan “Music Bank” pada 13 Januari yang lalu, Min-ji NewJeans dan Mimi OH MY GIRL telah mengisi ruang kosong sebagai pengacara istimewa.
Tahniah Eun-chae!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉