Nampaknya kejayaan kumpulan idola generasi ke-4 iaitu LE SSERAFIM makin meningkat!
Terkini menurut carta Billboard, lagu “ANTFRAGILE” oleh LE SSERAFIM telah berada di tempat ke-96 dalam carta Billboard Global tidak termasuk di Amerika Syarikat.
Selain itu, lagu ini juga telah naik lapan anak tangga dalam carta Billboard Global 200 dan berada di tempat ke-170 kini.
Untuk maklumat korang, “ANTIFRAGILE” merupakan lagu dari album mini kedua mereka selepas “FEARLESS”. Kedua-dua album ini dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2022.
Sekadar info, agensi Source Music telah mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal membuat kemunculan semula mereka pada bulan Mei namun tiada tarikh tetap lagi.
Apa-apa pun, tahniah LE SSERAFIM!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉