Utama Celebrity News Lagu Konsep Balada, Minah Girl’s Day Bakal Comeback Dengan ‘Listen Once’

Lagu Konsep Balada, Minah Girl’s Day Bakal Comeback Dengan ‘Listen Once’

minah

Lama kita tak dengar khabar penyanyi dan pelakon, Bang Min-ah Girl’s Day kan? Katanya dia akan buat comeback sebagai penyanyi tak lama lagi! Yay akhirnya!

Lagu balada yang bertajuk “Listen Once” merupakan lagu comeback Min-ah kali ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh agensinya, Yooborn Company.

Penyanyi dan pelakon Bang Min-ah akan mengambil bahagian dalam projek All-S Entertainment dan dijangka akan melancarkan lagu terbaru “Listen Once”. Lagu ini merupakan hasil penulisan karya dan komposer, Han Kyung-soo dan juga Lee Do-hyung. Min-ah juga kelihatan senang untuk berkerjasama dengan CEO Lee Jong-suk yang menubuhkan Girl’s Day.

minahLagu “Listen Once” merupakan lagu yang mengisahkan mengenai perasaan yang dialami oleh seorang wanita setelah berpisah. Melihat kepada konsep lagu ini yang dihasilkan dengan harmoni dan diiringi dengan bunyi orkestra, komposer Han Kyung-soo menyatakan,

Suara Bang Min-ah yang ‘deep’ dan menarik sangat sesuai dengan lagu balada yang tenang. Jadi, saya rasa kami menghasilkan lagu yang menarik.  

Tunggu lagu “Listen Once” pada 28 Ogos ini. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERX Sports News
Loading...