Ikuti Kami:

Kakak Minah Girl’s Day Bang Hyunah Tukar Kerjaya Dari Penyanyi Kepada Pembuat Kopi

Kakak Minah Girl’s Day Bang Hyunah Tukar Kerjaya Dari Penyanyi Kepada Pembuat Kopi

Kumpulan penyanyi wanita Girl’s Day semestinya sudah berjaya menambat hati para peminat sehingga kini. Namun, satu kumpulan wanita yang sehingga kini masih tidak berjaya menempa nama, menyebabkan salah seorang ahlinya bertukar kerjaya. Tapi siapa?

Bang Hyun-ah sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan wanita WANNA.B namun, kerjaya itu tidak dapat bertahan lama oleh disebabkan ketidakupayaan kumpulan itu dalam melonjak populariti mereka dalam industri.

Bang Hyun-ah juga baru-baru ini tampil dalam satu rancangan hiburan bersama adiknya Bang Min-ah atau lebih dikenali sebagai Min-ah Girl’s Day menerusi rancangan hiburan terbitan MBC “Family Mate” yang menampilkan dua beradik itu dalam satu percutian bersama.

bang hyun ahMenerusi rancangan hiburan itu juga, Min-ah sempat berkongsi bahawa,

Saya biasanya tidak mempunyai sebarang perbualan dengan kakak saya, jadi sebagai alasan, saya muncul dalam rancangan ini kerana saya ingin bercakap dengannya.

Dalam rancangan tersebut, Bang Hyun-ah memberi sedikit kejutan kepada para penonton apabila dia menyatakan kerjayanya sekarang di mana dia bukan lagi seorang penyanyi.

Saya kakak Bang Min-ah, Bang Hyun-ah. Saya kini bekerja sebagai seorang pembuat kopi di sebuah kafe. 

Bang Hyun-ah sebelum ini pernah debut sebagai seorang idol dengan nama pentas “Lina”. Dia memulakan kerjaya tersebut pada tahun 2016 sebagai ahli kumpulan WANNA.B. Namun, apabila kumpulan itu gagal menempah nama, dia kini menukar kerjayanya dan menjadi pembuat kopi.

bang hyun ah

Korang tak rasa ke Bang Hyun-ah ni sebenarnya hebat? Walaupun tidak berjaya menjadikan penyanyi sebagai kerjaya, namun sekarang dia berhasil mengubah skop kerjayanya dan kini dia kelihatan lebih baik kan? Semoga Bang Hyun-ah akan terus kuat untuk melakukan apa pun kerjaya lepas ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...