Ada tak yang tengah layan drama “Pandora: Beneath the Paradise” sekarang?
Bagi yang belum tahu, Lee Ji-ah sedang terajui drama “Pandora: Beneath the Paradise”, yang mengisahkan tentang balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.
Terbaru, media melaporkan bahawa Lee Ji-ah telah menerima bayaran kira-kira 3 kali ganda lebih tinggi dalam drama tersebut, berbanding penampilannya dalam “The Penthouse” sebelum ini.
Menurut laporan, “The Penthouse” pada asalnya dijadualkan untuk diterbitkan secara bermusim jadi, bayaran pelakon wanita itu untuk drama tersebut mungkin ditetapkan agak rendah pada masa itu.
Memandangkan populariti dan nilai jenama Lee Ji-ah sudah makin meningkat kini, dia dipercayai menerima bayaran tiga kali ganda lebih tinggi dalam drama “Pandora: Beneath the Paradise” dan dijangka akan terus meningkat untuk projek akan datang.
Wuu selayaknya!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉