Mesti ramai kan yang dah habis tonton drama Netflix “Bloodhounds”?
Bagi yang belum tahu, “Bloodhounds” yang diterajui Woo Do-hwan dan Lee Sang-yi, membawa kisah penghutang yang mengejar pemiutang bagi mengejar keadilan.
Terbaru, Woo Do-hwan telah terlibat dengan satu temu bual khas, di mana pelakon itu ada berkongsi persediaannya untuk memainkan watak seorang peninju dalam drama itu.
Pada awalnya, pelakon lelaki itu mengaku,
Penggambaran itu sangat sukar sehingga kadang-kadang saya fikir menjalani khidmat ketenteraan lebih selesa. Saya rasa saya pergi ke set untuk bersenam.
Sambung Woo Do-hwan lagi,
Saya terus bersenam di set dan walaupun selepas penggambaran selesai, saya harus pergi bersenam lagi. Ia akan menjadi sukar sekiranya saya tidak mempunyai fikiran seperti Geon-woo.
Kemudian, pelakon berumur 31 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia telah menambah berat badannya dari 68KG ke 80KG untuk “Bloohounds”. Jelasnya,
Ini kerana saya makan banyak. Saya tidak mengukur jumlah lemak badan, tetapi saya pasti saya hampir tiada lemak badan. Ini juga kali pertama saya membesar seperti ini.
Gempak la Woo Do-hwan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉