Ikuti Kami:

Meski Terpalit Isu Kim Saeron, ‘Bloodhounds’ No.1 Dalam Ranking Netflix Di 20 Negara

Meski Terpalit Isu Kim Saeron, ‘Bloodhounds’ No.1 Dalam Ranking Netflix Di 20 Negara

Ada tak yang dah habis layan drama “Bloodhounds”?

Bagi yang belum tahu, “Bloodhounds” yang diterajui Woo Do-hwan dan Lee Sang-yi, membawa kisah penghutang yang mengejar pemiutang bagi mengejar keadilan.

Terbaru menurut Flix Patrol pada 15 Jun, drama tersebut telah berjaya berada di No.1 dalam carta Rancangan TV Netflix, di banyak negara.

Khususnya, “Bloodhounds” telah mendahului carta tersebut di 20 negara, seperti Korea, Jepun, Thailand, Vietnam, Filipina dan termasuklah Malaysia.

kim saeron bloodhounds

Meskipun drama tersebut telah terpalit dengan kontroversi dek isu Kim Sae-ron pada Mei lalu namun, “Bloodhounds” tetap berjaya menerima perhatian ramai.

Untuk pengetahun, Kim Sae-ron yang memainkan watak utama dalam drama itu, telah terlibat dengan isu memandu dalam keadaan mabuk dan pengarah memutuskan untuk mengekalkan penampilannya pada permulaan drama sahaja.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...