Ikuti Kami:

“Kurusnya..” – Lepas Bekas Kekasih Dituduh Penipu, Park Minyoung Buat Pertama Kali Muncul Di Mata Umum

“Kurusnya..” – Lepas Bekas Kekasih Dituduh Penipu, Park Minyoung Buat Pertama Kali Muncul Di Mata Umum

Dua bulan terpalit kontroversi, Park Min-young akhirnya muncul di khalayak ramai baru-baru ini.

Terbaru, pelakon wanita itu dilihat menghadiri majlis pembukaan kedai pop-up J.Estina di Apgujeong, Seoul.

Walaupun tersenyum sentiasa, namun peminat perasan bahawa wanita itu kelihatan lebih kurus daripada biasa. Lantas mereka menebak Park Min-young sedang melalui waktu yang sukar dek isu yang berbangkit mengenai hal peribadinya beberapa bulan lalu.

September lalu, Park Min-young terpalit kontroversi apabila dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan bernama Kang Jong-hyun. Yang menariknya ialah pihak media menyelongkar dengan lanjut perihal lelaki itu dan terbongka cerita mengatakan bahawa dia menjalani bisnes meragukan.

park minyoung

Bukan sahaja mempunyai kaitan meragukan dengan bisnes wang virtual, malah Kang Jong-hyun turut dalam tempoh percubaan selepas dituduh memalsukan dokumen peribadi dan melakukan penipuan.

Walau bagaimanapun, kisah itu berakhir apabila Park Min-young menjelaskan bahawa hubungannya bersama ahli perniagaan itu sudah berakhir dan Kang Jong-hyun tidak mahu reputasinya menjejaskan kerjaya wanita berkenaan.

Semoga Park Min-young baik-baik sahaja..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...