Ikuti Kami:

Digosip Cinta Dengan Ahli Perniagaan ‘Bermasalah’, Agensi Park Minyoung Beri Respon

Digosip Cinta Dengan Ahli Perniagaan ‘Bermasalah’, Agensi Park Minyoung Beri Respon

Akhirnya Park Min-young membuka mulut mengenai gosip cinta antaranya dengan seorang ahli perniagaan kaya.

Kelmarin, Dispatch telah melaporkan bahawa pelakon berkenaan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Kang Jung-hyun selain mendedahkan pelbagai aktiviti mencurigakan yang melibatkannya.

Lapor berita lain pula, kakak Park Min-young turut disenaraikan sebagai pengarah luar INBIOGEN, salah satu syarikat yang diselit dalam kad nama Kang Jung-hyun di mana dia disebut sebagai pengerusi.

park minyoung

Respon agensinya,

Ini Kwon Jin-young, CEO Hook Entertainment.

Mengenai gosip cinta Park Min-young, kami minta maaf kerana lambat memberikan kenyataan kerana agensi memerlukan masa untuk mengesahkan fakta.

Pertama sekali, dia sudah berpisah dengan individu yang disebut dalam khabar angin itu.

Dan, tidak benar bahawa Park Min-young menerima wang kelebihan dari individu itu.

Kakaknya, Cik Park juga telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan dari posisinya sebagai pengarah luar INBIOGEN.

Untuk Park Min-young pula, menjadi keutamaan buatnya untuk melengkapkan penggambaran drama ‘Love In Contract’ dengan jayanya buat masa ini, jadi dia akan buat yang terbaik untuk tidak menyebabkan masalah buat tayangan.

Selain itu, pelakon tersebut akan lebih berhati-hati mengenai tindakan sendiri selain sesiapa sahaja termasuk keluarga yang berkaitan dengannya bagi menunjukkan tanggungjawab sebagai figura awam dan pelakon.

Kami sekali lagu meminta anda memahami agar Park Min-young boleh memberi fokus untuk baki penggambaran yang tinggal.

Harap dah selesai isu ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...