Ikuti Kami:

Kurang Impak Dari Musim Lalu, ‘The Sixth Sense 3’ Tamat Dengan Rating 2% Sahaja

Kurang Impak Dari Musim Lalu, ‘The Sixth Sense 3’ Tamat Dengan Rating 2% Sahaja

Tidak dapat disangkal bahawa “The Sixth Sense 3” merupakan antara rancangan hiburan yang menjadi ikutan ramai kerana perbezaan personaliti setiap ahlinya.

Kelmarin, musim ketiga program kelolaan saluran tvN itu melabuhkan tirainya selepas 14 episod menghiburkan penonton.

Meskipun bermula baik ketika musim pertama dan kedua, taring “The Sixth Sense” kelihatan sedikit tumpul untuk musim kali ini kerana catatan rating yang biasa. Malah hampir keseluruhan episod hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 2% sahaja di mana 3 episod awal sahaja berjaya melepasi angka 3%.

tvn the sixth sense 3

Antara komen penonton, mereka kurang gemar dengan konsep keputusan terakhir yang dibuat secara berkumpulan untuk musim kali ini sedangkan musim sebelum ini merupakan perlawanan antara individu. Bahkan konsep ‘spy’ yang diperkenalkan juga kurang memberikan impak buat program itu yang cuba mencari kelainan. Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa ketiadaan Jun So-min merupakan antara sebab musim ini kurang berjaya.

Apa pun, rancangan ini ternyata merupakan pilihan ramai di tvN, tak kurang juga yang menantikan musim ke-4 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...