“Dia Saya Punya, Saya Boleh Menciumnya” – Jessi Luah Perasaan Buat Lee Sangyeob
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Semakin hangat, sepertinya Jessi tidak dapat menyorokkan perasaan sebenar buat Lee Sang-yeob kini.
Dalam episod terbaru “The Sixth Sense 3”, kesemua ahli termasuk tetamu Arin OH MY GIRL dan pelakon Park Jin-joo telah melawat 3 restoran dan perlu memilih yang manakah yang palsu.
Disebabkan oleh restoran pertama yang kelihatan sahih, kata Yoo Jae-suk,
Kalau ini ialah restoran betul, awak boleh datang dengan sesiapa pun.

Kata Lee Sang-yeob sendiri,
Saya patut datang dengan siapa?
Jessi yang mendengar kata-katanya itu mula merajuk dan menunjal sisi pelakon lelaki berkenaan.
Tak, kenapa perlu tanya. Sakitnya hati.

Tambahnya lagi,
Apa nak pergi dengan siapa? Ada wanita kot di sebelah awak. Tak ke dia akan berasa terluka.
Oh Na-ra kemudian menyuruh Lee Sang-yeob mengajak Jessi ke restoran itu nanti. Apabila ditanya, penyanyi itu pada awalnya mengatakan ‘tidak’ namun bertukar kepada ‘okay’ lantas membuatkan kesemua mereka tersenyum melihat situasi berbunga-bunga itu.
Kemudian, Jessi meluahkan perasaan buat Lee Sang-yeob,
Saya menyukainya sejak dia datang sebagai tetamu pada musim pertama.

Sokong Yoo Jae-suk,
Saya dah dapat merasainya.
Jelas Jessi lagi,
Apa pun, di ‘Sixth Sense’, Lee Sang-yeob ialah milik saya. Saya boleh menciumnya.
Kami sokong korang bercinta!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




