Selepas setahun, BLACKPINK telah pun selesai melakukan konsert jelajah dunia “BORN PINK” mereka.
Terbaru pada 20 September, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa BLACKPINK telah menjelajah ke 34 bandar di seluruh dunia, dengan 66 pertunjukan dalam tempoh setahun untuk konsert jelajah “BORN PINK”.
Khususnya, konsert BLACKPINK bermula di Seoul pada bulan Oktober, meraih 55,000 penonton. Di Amerika Utara, mereka berjaya mengumpul 540,000 peminat manakala seramai 215,000 di Eropah dan 55,000 di Australia. Kemudian untuk negara di Asia, kumpulan 4 ahli itu telah menarik 900,000 penonton, membuktikan mereka sebagai kumpulan wanita popular di seluruh dunia.
Selain itu, BLACKPINK juga turut membuat persembahan di festival muzik penting seperti Coachella dan BST Hyde Park, menarik lebih 300,000 penonton secara keseluruhan.
Dengan ini, kumpulan itu telah meraih kira-kira 2.115 juta penonton di seluruh dunia, membuktikan pengaruh global mereka.
Tahniah BLACKPINK!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.