Mesti korang pernah tengok K-Drama di mana ada ramai budak sekolah yang dibuli oleh rakan sebaya kan?
Kisah sebegini sebenarnya ada juga terjadi di dalam dunia realiti di Korea. Kes buli yang tiada penghujung, dan sepatutnya dibendung serta diberi kesedaran sejak dibangku sekolah.
Kronologi
Kejadian ini berlaku pada tahun 2012 di daerah Daegu, di mana seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun memutuskan untuk terjun dari tingkat 7 rumahnya. Hasil siasatan polis terhadap ibu kandung kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Seung-min itu mendapati dia telah dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya. Kejadian buli itu dikatakan berlaku di rumah Seung-min apabila kesemua suspek datang melawatnya.
Selain itu, Seung-min bukan sahaja dibuli sekali dua, tetapi kes ini berlarutan sehingga berminggu-minggu tanpa pengetahuan ibunya. Ibu Seung-min (Lim Jee-young) tidak tahu anaknya dibuli. Dia berkata kawan-kawan anaknya itu mula datang ke rumah sebelum dia dan suami pulang. Dia tidak menyangka anaknya dipukul dan didera dengan teruk semasa ketiadaanya.
Apa yang lagi kejam, pembuli itu sampai ke tahap menggunakan batang kayu dan sarung tangan tinju untuk melihat Seung-min terseksa. Namun Seung-min tidak pernah sekalipun memberitahu ibu bapanya tentang kejadian yang menyeksakan itu.
Tinggalkan nota bunuh diri
Lim Jee-young, membaca nota bunuh diri itu berkali-kali sejak kematian anak lelakinya. Dalam nota itu Seung-min menggambarkan dia dipukul dan dirompak oleh budak lelaki dalam kelasnya. Selain daripada itu, tertulis juga kulit dia dibakar dengan pemetik api dan diikat bersama wayar elektrik di lehernya sebagai tali. Di penghujung surat itu dia menulis,
Saya sayang kamu ibu dan ayah, tolong jangan sedih saya sudah tiada, saya akan tunggu kamu.
Hukuman
Kanak-kanak lelaki yang membuli Seung-min telah didakwa dan dihantar ke pusat pemulihan juvana. Tetapi disebabkan Lim Jee-young bukan sahaja seorang ibu, malah dia merupakan seorang guru berpendapat bahawa pihak sekolah juga patut bertanggungjawab.
Namun, pihak sekolah mahu menutup kes ini serta-merta kerana mahu menjaga nama baik sekolah. Tambahan, lima bulan sebelum Seung-min membunuh diri, seorang gadis dalam gred yang sama juga telah membunuh diri kerana dibuli. Akan tetapi tiada apa tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dan kes yang sama berlaku lagi.
Kena sentiasa la tanya khabar anak selepas pulang dari sekolah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.