Ikuti Kami:

Tiada Keadilan! Guru Ini Ambil Nyawa Sendiri Selepas Dibuli Ibu Bapa Pelajar

Tiada Keadilan! Guru Ini Ambil Nyawa Sendiri Selepas Dibuli Ibu Bapa Pelajar

Seorang guru sekolah rendah yang dikenali sebagai ‘A’ didapati membunuh diri di Sekolah Rendah Seoi, yang terletak di Seocho-gu, Seoul, pada 18 Julai 2023.

Wanita berusia 23 tahun yang memulakan jawatannya sebagai guru kelas pada Mac 2022, dikatakan tertekan kerana selalu dibuli oleh ibu bapa pelajar.

Kronologi

Pada hari kejadian, Kesatuan Guru Seoul mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa guru muda itu telah ditindas oleh ibu bapa pelajar. Menurut maklumat yang dikumpul oleh persatuan tersebut, satu insiden berlaku pada minggu sebelumnya di mana seorang pelajar darjah satu menggunakan pensel untuk menoreh dahi rakan sekelas. Selepas itu, ibu bapa kepada pelajar yang membuli telah hadir ke sekolah menegur ‘A’ dengan kasar dan menyatakan bahawa ‘A’ tiada hak untuk menjadi guru hanya kerana dia marah perbuatan pelajar itu.

Guru itu disahkan menghidap gangguan tekanan emosi selepas trauma kerana didakwa bertanggungjawab terhadap perkara itu oleh ibu bapa pelajar terbabit. Kedua-dua kes ini menimbulkan kemarahan guru di seluruh negara, mereka juga mendedahkan realiti gelap sekolah awam di mana kewibawaan guru tidak lagi dihormati di dalam bilik darjah.

guru dibuli ibu bapa bunuh diri

Pada 5 Jun, ‘A’ menggambarkan dalam sebuah diari, ketakutan yang melanda tubuhnya semasa dia memasuki bilik darjah untuk mengajar,

Dada saya terasa terlalu sesak. Saya rasa saya akan jatuh di suatu tempat. Saya tidak tahu di mana saya berada

Dua minggu kemudian, ‘A’ ditemui mati di dalam almari stor kelasnya oleh rakan sekerja. Setelah disiasat, dia telah membunuh diri sendiri kerana tekanan emosi yang sangat teruk.

Dilindungi orang atasan?

Apabila berita ini tersebar di media sosial, Sekolah Rendah Seoi mengeluarkan kenyataan meminta agar penyebaran khabar angin yang tidak disahkan dihentikan supaya tidak memudaratkan pelajar sekolah dan memfitnah ibu bapa kepada kanak-kanak di sekolah tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan ini telah mencetuskan lagi kemarahan orang ramai apabila pelbagai khabar angin terus tersebar kononnya kes bunuh diri guru itu diselindungi oleh pihak atasan. Tetapi ia disangkal hebat oleh pihak sekolah dan menasihatkan orang ramai supaya berhenti membuat andaian sendiri.

guru dibuli ibu bapa bunuh diri

Ahli komuniti Sekolah Rendah Seoi kini pada ketika itu meratapi mendiang dengan bunga dan perutusan peringatan di luar pintu pagar sekolah. Beberapa ahli persatuan ibu bapa sekolah bagaimanapun, telah bersuara meminta bunga dan mesej itu dikeluarkan dari kawasan sekolah. Hal ini kerana, mereka berpendapat kanak-kanak akan ke sekolah dan mungkin trauma dengan kejadian sedemikian.

Sehingga sekarang tiada siapa yang tahu betul atau tidak ‘A’ dibuli oleh ibu bapa pelajar dan kes ini sudah pun ditutup.

Guru pun boleh dibuli ye…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...