Ikuti Kami:

“Kuching Seperti Syurga” – Rain Kongsi Makanan Lokal Kegemaran & Sebab Sukai Sarawak

“Kuching Seperti Syurga” – Rain Kongsi Makanan Lokal Kegemaran & Sebab Sukai Sarawak

Seronok kan bila tengok orang luar datang ke Malaysia dan menikmati segala tarikan di sini?

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Rain telah pergi ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri acara Asean International Film Festival & Awards 2023 (AIFFA 2023), yang diadakan di The Old Court House.

Bagi sesi ‘Meet & Greet’ bersama peminat, Rain juga telah menjawab beberapa soalan, mengenai negeri itu. Pada awalnya, dia ditanya,

Adakah awak menikmati penginapan awak di Kuching dan apakah yang paling awak nikmati?

Respon lelaki itu,

Ini kali pertama saya di sini. Saya sangat suka Kuching. Kuching adalah seperti syurga, ada makanan yang lazat dan bandar yang sangat indah.

Mengenai makanan kegemarannya di sini, Rain menjawab,

Makanan kegemaran saya adalah Laksa.

Akhir sekali, pelakon “Ghost Doctor” itu turut berkongsi antara ayat dalam Bahasa Melayu yang dia pelajari,

Apa khabar. Saya sayang kamu.

Untungnya dapat jumpa Rain!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...