Ikuti Kami:

“Sebagai Persiapan..” – Haha & Byul Akan Pergi Bercuti Bersama Keluarga Di Malaysia

“Sebagai Persiapan..” – Haha & Byul Akan Pergi Bercuti Bersama Keluarga Di Malaysia

Ada pelbagai tarikan menarik, Malaysia juga sering menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk melancong.

Begitu juga dengan keluarga Haha dan Byul, yang telah merancang untuk datang ke Malaysia untuk bercuti buat kali pertama pada musim panas ini.

Khususnya pada 3 Ogos, Byul telah memuat naik video baru di saluran YouTubenya dan berkongsi bahawa dia ingin pergi mengambil gambar pasport buat anak-anaknya.

Dalam video itu, Byul berkata,

Dream, Soul dan Song berkumpul untuk mengambil gambar pasport, sebagai persiapan untuk percutian musim panas pertama mereka. Saya bercadang untuk pergi ke Malaysia bersama anak-anak saya.

Tambahnya lagi,

Dream dan Soul sudah mempunyai pasport, tetapi Song belum lagi. Kami akan pergi ke studio berhampiran rumah untuk mengambil gambar pasport untuk kanak-kanak di situ.

Omo! Ada peluang ni untuk terserempak dengan Haha dan keluarganya di Malaysia nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...