Ikuti Kami:

Krisis Berterusan & Rating Menurun, ‘Running Man’ Hanya Tinggal 5 Ahli Sahaja Kini

Krisis Berterusan & Rating Menurun, ‘Running Man’ Hanya Tinggal 5 Ahli Sahaja Kini

Kelmarin, penonton setia dikejutkan dengan berita Ji Suk-jin yang bakal berehat seketika dari “Running Man” kerana masalah kesihatan.

Sayangnya, Jeon So-min juga telah meninggalkan “Running Man” pada Oktober lalu atas alasan mahu memberikan fokus kepada bidang lakonan. Pelakon wanita itu menyertai rancangan tersebut pada April 2017 dan meraih populariti dalam kalangan penonton dek wataknya yang aneh namun menyenangkan.

Sumbangannya buat rancangan tersebut diiktiraf dengan beberapa anugerah, termasuk Anugerah Personaiti TV Baru Terbaik, Anugerah Pasangan Terbaik, dan Anugerah Bintang Global di SBS Entertainment Awards , serta Anugerah Penghibur Pelbagai Terbaik.

Setelah pengunduran diri Jeon So-min, “Running Man” kini telah kembali kepada “sistem enam anggota” untuk pertama kalinya dalam kira-kira enam tahun. Namun kini, Ji Suk-jin pula mengumumkan akan berehat sementara bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut, menyebabkan perubahan dalam jumlah anggota sekali lagi. “Running Man” kini mempunyai “lima anggota” yang buat pertama kali berlaku dalam sejara siarannya.

running man

Bahkan krisis rancangan ini semakin memburuk apabila rating “Running Man” turut terkesan dan sedikit menurun. Dalam siaran terakhir Jeon So-min, ratingnya mencecah 4.2%, dan dalam siaran berikutnya dengan enam anggota sahaja, ia menurun kepada 3.5%.

Terdapat suara-suara asing yang melontarkan idea supaya rancangan SBS itu untuk menambah ahli baru untuk mengisi kekosongan Jeon So-min, tambahan pula kekosongan itu akan semakin terasa selepas ketiadaa Ji Suk-jin. Antara komen ditinggalkan penonton, “Bukankah ini krisis jika Ji Suk-jin pergi untuk selamanya?” dan ” Tak best kalau ‘Running Man’ ada begitu banyak kekosongan, kan?”

Tak tahu lah nak kata apa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...