Kota Janji, Peminat Terserempak Kim Seonho Bersiar-Siar Di Sekitar Kuala Lumpur
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Kelmarin telah berlangsung ‘2023 KIM SEON HO ASIA TOUR in KUALA LUMPUR <ONE, TWO, THREE. SMILE>’ di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Semasa perjumpaan peminat itu berlangsung, Kim Seon-ho dilihat teruja mahu mencuba pelbagai makanan dan berjalan di tempat pelancongan di Malaysia. Katanya, dia menyukai rasa cendol dan masih belum lagi dapat menjamah makanan tradisional Nasi Lemak.
Pun begitu, sepertinya pelakon Korea popular berjaya mengotakan janjinya apabila dilihat bersenang-lenang di merata tempat di sekitar ibu kota seperti Menar Berkembar Petronas (KLCC) dan Dataran Merdeka pada hari ini.
OF COURSE THAT BIG FAN IS COMING WITH HIM😭😭😭😭 pic.twitter.com/8HlIILCqKs
— ㄱiㅁ서nㅎ오 – 🌽🐶 (@seonhocorndog) August 19, 2023
Malah dia sempat menyapa peminat yang terserempak dengannya di kawasan tersebut. Tak cukup dengan itu, Kim Seon-ho turut memuat naik beberapa keping gambar di media sosial sebagai kenangan memorinya di Malaysia.
Katanya, dia gembira dengan suasana dan cuaca Malaysia yang cerah serta menggembirakan.
View this post on Instagram
A post shared by 김선호스태프다이어리 김스다 (@kimseonho_staff.diary)
Bestnya terserempak Kim Seon-ho!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




