Ikuti Kami:

“Dia Kelakar” – Terharu Lihat Sokongan, Kim Seonho Beri Layanan Istimewa Buat Peminat Malaysia

“Dia Kelakar” – Terharu Lihat Sokongan, Kim Seonho Beri Layanan Istimewa Buat Peminat Malaysia

Akhirnya pelakon Korea kesayangan ramai iaitu Kim Seon-ho telah pun melawat peminat di Malaysia menerusi ‘2023 KIM SEON HO ASIA TOUR in KUALA LUMPUR <ONE, TWO, THREE. SMILE>’.

Memasuki pentas dengan persembahan pertama, lelaki itu tetap melakukan yang terbaik meskipun mengakui sedikit gementar apabila melihat peminat di hadapan. Semasa sesi soal bicara, Kim Seon-ho dilihat sentiasa tersenyum dan tertawa mendengar respon peminat dan telatah hos.

Lebih bermakna apabila pelakon yang disukai ramai dek lesung pipit yang dalam tersebut kelihatan rapat bersama peminat yang terpilih untuk menyertainya di atas pentas. Dari bermain permainan fizikal hingga melakonkan semua babak popular dalam “Hometown Cha Cha Cha” dan “Catch The Ghost”, dia memberikan sepenuh tenaga apabila berinteraksi dengan peminat.

Bukan itu sahaja, Kim Seon-ho kelihatan terkejut melihat para peminat Malaysia yang memahami apa yang diperkatakannya dalam bahasa Korea meskipun belum diterjemahkan lagi ke bahasa Melayu.

Dalam pada itu, pelakon tersebut menjelaskan bahawa dia sering dapat melakonkan watak yang diimpikannya seperti pembunuh kejam dalam “The Childe” dan pekerja istana berpangkat tinggi dalam “The Tyrant” lantas dia berharap agar dia boleh membawa watak seperti seorang lelaki yang menjalani kehidupan biasa dalam kejiranan normal selepas ini.

kim seonho

Peminat Malaysia turut gembira apabila Kim Seon-ho mengatakan bahawa dia merasakan bahawa makanan Malaysia seperti cendol dan rambutan sangat sedap. Bahkan dia turut meluahkan rasa cinta dengan kesedapan durian.

Apabila ditanyakan tempat yang mahu dilawatinya di Malaysia, pelakon tinggi lampai tersebut menjelaskan bahawa dia suka mempelajari budaya sesuatu tempat dengan berjalan. Lantas memilih Pasar Jalanan Jalan Alor, KLCC dan Dataran Merdeka sebagai destinasi yang mahu dilawatinya ketika di sini.

Seronok tengok kegembiraan Kim Seon-ho di sini~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...