Utama Drama Korea Korek Rahsia Kumpulan Hipokrit, Im Semi Jadi Pelakon Sampingan Drama ‘The Empire’

Korek Rahsia Kumpulan Hipokrit, Im Semi Jadi Pelakon Sampingan Drama ‘The Empire’

lim semi

Im Se-mi kini bakal memegang watak sampingan sebagai wartawan! Waw!

Perkara itu disahkan sendiri oleh agensinya, Noon Company dengan menyatakan bahawa,

Im Se-mi akan muncul dalam drama terbitan JTBC, “The Empire: Empire of Law” dan dia bakal memegang watak sebagai wartawan SBC, Yoon Eun-mi.

Drama JTBC, “The Empire: Empire of Law” yang ditulis oleh Oh Ga-gyu dan turut diarahkan oleh Yoo Hyeon-gi, mengisahkan mengenai kehidupan yang penuh dengan keinginan dan hiprokasi kehidupan dalam sebuah bangunan yang terbina berdasarkan undang-undang. Yoon Eun-mi bakal mendedahkan rahsia mereka yang terlibat dan skandal kejatuhan mereka.lim semiAntara pelakon yang turut bergandingan bersama Im Se-mi adalah, Kim Seon-ah, Ahn Jae-wook, Lee Mi-sook, Song Young-chang, Shin Goo, Oh Hyun-kyung, dan ramai lagi.

Yoon Eun-mi, yang dilakonkan Im Se-mi, merupakan satu watak yang penuh dengan rasa dan semangat sebagai seorang wartawan, malah dia juga terkadang melintasi batasan sebagai wartawan yang mana mampu membahayakan diri sendiri.

Nantikan lakonan Im Se-mi okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNEWSIS
Loading...