Sertai Lee Minho & Gong Hyojin, Kim Juhun Turut Terajui Drama ‘Ask The Stars’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Kim Ju-hun kini bakal sertai Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin dalam drama terbaru!
Perkara ini disahkan sendiri oleh agensinya, Salt Entertainment yang mana,
Kim Ju-hun mengesahkan bahawa dia akan tampil dalam drama terbaru “Ask The Stars”. Jadi, kami mengharapkan anda semua akan memberikan sokongan yang sewajarnya untuk lakonannya dalam drama baru ini.
Drama “Ask The Stars” merupakan drama bergenre romantik komedi dan turut bertemakan alam semesta dan juga bumi.
Kim Ju-hun bakal membawa watak sebagai Park Dong-ah, seorang angkasawan veteran yang sudah ke alam semesta sebanyak 3 kali.
Korang mesti dah tengok lakonan Kim Ju-hun dalam “Big Mouse” kan? Ha, nantikan lakonannya dalam drama kali ini pula okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




