Ikuti Kami:

Korea Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat & Rendah Kadar Jenayah, Tapi Betul Ke?

Korea Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat & Rendah Kadar Jenayah, Tapi Betul Ke?

Walaupun terdapat insiden ragut, penyeluk saku dan kecurian kecil di bandar besar seperti Seoul dan Busan, kadar jenayah di Korea Selatan tetap rendah.

Jom baca sebab kenapa Korea merupakan antara negara yang paling selamat untuk menjalani aktiviti harian.

Kadar jenayah terendah di dunia

Korea Selatan negara selamat

Korea mempunyai kadar jenayah yang terendah berbanding dengan negara lain. Salah satu faktor terbesarnya adalah kelaziman CCTV di merata tempat. Dengan kewujudan CCTV yang disokong oleh internet berkelajuan tinggi, ia menjadi penghalang utama daripada sebarang jenayah berlaku.

Larangan memiliki senjata 

undang-undang memiliki senjata

Sama seperti Malaysia, memiliki senjata merbahaya tanpa lesen adalah tidak dibenarkan. Menurut undang-undang tempatan Korea mengenai pengurusan keselamatan senjata api, pedang dan bahan letupan hanya kakitangan yang diberi kuasa dalam bidang berkaitan keselamatan, termasuk pegawai polis, tentera dan pengawal keselamatan yang melindungi tokoh kerajaan atau perwakilan asing sahaja boleh memiliki senjata api.

Bayangkan jika tiada undang-undang tegas untuk memiliki senjata api, pastinya akan banyak kes bunuh. Sebagai contoh Mexico, negara ini dikategorikan sebagai negara yang tidak selamat untuk pergi melancong.

Sistem kesihatan profesional

Hospital di Korea terbaik

Penjagaan kesihatan di Korea sangat disanjung sehingga negara ini terkenal dengan pelancongan perubatan. Buktinya di sini ialah ramai pelancong mempercayai keselamatan, kualiti dan keselamatan negara sehingga ada antara mereka hampir setiap tahun pergi ke klinik Korea untuk berubat. Penjagaan kesihatan yang hebat di negara ini adalah satu lagi bukti bahawa negara ini sangat selamat. Kurang jenayah bermakna kurang tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Kadar penyeluk saku rendah

kadar jenayah seluk saku di Korea

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dadah dan jenayah pada 2017, Korea Selatan mempunyai rompakan ketiga terendah bagi setiap 100,000 orang berdasarkan tinjauan di 79 negara. Data ini menjadi bukti bahawa Korea Selatan memiliki kadar jenayah dan penyeluk saku yang sangat rendah. Hal ini menunjukkan negara tersebut telah berhasil mewujudkan persekitaran yang aman dan memberikan perlindungan yang efektif kepada penduduknya.

Bandar sentiasa cerah

Korea adalah negara meriah dengan suasana malam yang sibuk serta kawasan kejiranan dipenuhi dengan bar mewah dan kafe di serata tempat. Pengembara wanita yang melancong sendirian telah melaporkan berasa selamat semasa di Korea disebabkan oleh kawasan sekitar yang cerah dan meriah dengan muzik daripada bar berdekatan.

Kawalan keselamatan pengangkutan awam

Salah satu sebab kenapa di Korea selamat dapat dibuktikan melalui kehidupan yang dijalani pada waktu malam. Sebagai contoh, pengangkutan kereta api bawah tanah ditutup sekitar 12 pagi atau 12:30 pagi dan keselamatanya jelas kerana kereta api itu cekap, terang dan penuh dengan kamera. Apa yang menarik ialah walaupun kadar minum alkohol tinggi di Korea pada waktu malam, tetapi keganasan di dalam pengangkutan awam sangat rendah disebabkan kecekapan sistem keselamatan yang ada.

Dah tak perlu rasa risau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...