Ikuti Kami:

“Korang Tak Padan” – Pengikut Naik Mendadak, Akaun IG ‘Kekasih’ Park Seojoon Dibanjiri Komen Buruk

“Korang Tak Padan” – Pengikut Naik Mendadak, Akaun IG ‘Kekasih’ Park Seojoon Dibanjiri Komen Buruk

Sepertinya pendedahan mengenai hubungan cinta Park Seo-joon bersama penyanyi xooos menerima respon hangat dari peminat K-Drama.

Mungkin kurang terkenal dalam arus perdana, namun ramai sepertinya mula mencari tahu mengenai identiti wanita berkenaan yang nama sebenarnya ialah Kim Seo-yeon. Pun begitu, pencarian itu bertukar negatif apabila ramai yang cuba menyelongkar dengan lebih lanjut mengenai hal peribadi xooos selain meninggalkan komen buruk pada akaun Instagramnya.

Antara komen yang ditinggalkan,

Kecewa dengan Park Seo-joon.

 

Dia mungkin cantik tapi saya tak boleh menerimanya.

 

Sepertinya ia promosi yang baik.

 

Awak nak perhatian ke?

xooos park seojoon

Pun begitu, masih ramai lagi yang meninggalkan komen yang baik,

Selamat bercinta.

 

Jangan hiraukan komen negatif. Saya harap awak gembira.

 

Saya datang selepas membaca artikel, lagunya sangat best.

 

Cantik kekasih Park Seo-joon.

Bukan itu sahaja, pengikut langganan YouTube xooos meningkat dengan banyak sejak berita itu tular di mana dia bertambah sebanyak 40,000 orang. Malah pengikut Instagramnya juga bertambah lebih 80,000 orang kini.

Dalam pada itu, Park Seo-joon turut memberikan respon ‘samar-samar’ mengenai berita berkenaan di mana pelakon itu mengatakan bahawa dia agak tertekan jika bercerita mengenai hal peribadi dan memutuskan untuk tidak berkata apa-apa.

park seojoon park boyoung

Oleh kerana jawapan yang tidak meyakinkan lelaki itu, ramai yang menebak bahawa Park Seo-joon sebenarnya mengakui hubungan itu secara tidak terus. Ini kerana khabar angin yang pernah terpalit dengan lelaki itu bersama pelakon wanita lain seperti Baek Jin-hee dan Park Min-young sebelum ini dinafikan dengan jelas.

Asalkan mereka bahagia..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...