Ikuti Kami:

Dipersoal Percintaan Dengan Penyanyi YouTube, Reaksi Wajah ‘Kelat’ Park Seojoon Tular

Dipersoal Percintaan Dengan Penyanyi YouTube, Reaksi Wajah ‘Kelat’ Park Seojoon Tular

Sukar betul menjadi artis, ini kerana ada sahaja yang cuba melangkaui batas dan masuk campur hal peribadi mereka.

Dalam sidang media terbaru filem “Concrete Utopia”, Park Seo-joon sepertinya tidak menyangka bahawa dia akan dilemparkan dengan soalan cepumas mengenai khabar angin cinta bersama penyanyi YouTube, xooos.

Selepas berfikir sejenak, lelaki itu memberikan respon,

Saya terdengar mengenai berita itu lewat petang semalam. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas mendengar berita itu ialah ‘Saya mendapat perhatian yang banyak’. Saya merasakan perhatian ialah sesuatu yang patut saya syukuri.

Walau bagaimanapun, dalam situasi ini, saya berasa tertekan bagi mendedahkan hal pribadi saya dan agak sukar untuk menyampaikan sesuatu yang penting kerana ia adalah hal peribadi saya.

xooos park seojoon

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat perasan wajah Park Seo-joon yang ‘mengeras’ dek soalan berkenaan.

Biarlah kalau Park Seo-joon bercinta kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...