Ikuti Kami:

Kontroversi Tinggal Kekasih Lepas Minta Gugurkan Kandungan, Kim Seonho Tampil Mohon Maaf

Kontroversi Tinggal Kekasih Lepas Minta Gugurkan Kandungan, Kim Seonho Tampil Mohon Maaf

Dua hari ini, hari nama Kim Seon-ho menjadi bualan ramai dek kontroversi yang mengatakan dia meninggalkan wanita itu selepas berjanji akan mengahwininya selain turut menggugurkan kandungan kerana janji lelaki itu.

Terbaru, Kim Seon-ho telah berkongsi permohonan maaf terhadap bekas kekasihnya itu pada pagi ini.

Ini ialah Kim  Seon-ho. Pertama sekali, saya benar-benar memohon maaf terhadap kenyataan ini. Apabila saya melihat nama saya pada artikel tersebut beberapa hari lepas, saya merasai ketakutan yang tak pernah dilalui sebelum ini, lantas saya hanya mampu menampilkan diri menerusi tulisan.

Saya bercinta dengan individu ini dengan perasaan yang baik, tapi semasa perhubungan tersebut, saya menyakitinya kerana kekurangan dan kurang tidak bertimbang rasa. Saya berharap agar dapat berjumpa dengannya untuk memberikan permohonan maaf secara ikhlas namun tidak dapat melakukannya lagi. Jadi, saya menantikan masa untuk melakukannya apabila mempunyai peluang.

Dalam pada itu, saya mahu meluahkan rasa maaf dari lubuk hati menerusi surat ini. Saya juga mahu memohon maaf kepada semua yang mempercayai dan menyokong saya sehingga ke akhirnya, kerana menghampakan anda. Saya hanya mampu berdiri sebagai pelakon Kim Seon-ho kerana orang ramai yang menyokong tapi saya terlupakan hal ini. Saya juga mahu memohon maaf kepada semua orang yang bekerjasama dalam pelbagai produksi kerana menyebabkan kekacauan ini, kerana kesilapan saya.

Sekali lagi, saya mahu meminta maaf kepada semua yang terluka kerana insiden ini. Saya tahu tulisan ini tidak cukup untuk sampai kepada semuanya secara ikhlas tapi saya meluahkan fikiran saya dengan apa cara yang boleh. Saya mohon maaf.

kim seonho

Dalam pada itu, agensi Kim Seon-ho turut mengeluarkan kenyataan berasingan,

Hello, ini ialah Salt Entertainment. Kami mahu meminta maaf kerana menyebabkan kerisauan kerana hal peribadi Kim Seon-ho. Kami mahu menyampaikan permohonan maaf kepada semua yang kecewa atau pun terluka dengan hal ini.

Agensi itu turut mengesahkan dalam kenyataan sebelum ini bahawa kontrak mereka bersama Kim Seon-ho masih belum tamat seperti khabar angin yang berterbangan di media sosial.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...