Utama Gossip Bekas Kekasih Dakwa Ditinggalkan Lepas Minta Gugurkan Kandungan? Agensi Kim Seonho Beri...

Bekas Kekasih Dakwa Ditinggalkan Lepas Minta Gugurkan Kandungan? Agensi Kim Seonho Beri Respon

Tidak disangka, pelakon yang baru meningkat naik terpalit dengan kontroversi apabila seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas kekasihnya mendedahkan kesakitan yang pernah dilalui dek lelaki itu.

Menerusi sebuah entri di laman komuniti, wanita itu mengatakan bahawa pelakon lelaki berkenaan yang menjadi kekasihnya sejak awal 2020 meminta dia menggugurkan kandungan selepas dia mengandung. Disebabkan wanita itu yang disahkan mempunyai rahim yang lemah, doktor mengatakan bahawa dia sukar untuk mengandung lagi jika kandungan ini digugurkan.

Kalau awak melahirkan anak itu sekarang, saya terpaksa membayar 900 milion won sebagai ganti rugi tapi saya tak mempunyai duit sekarang. Adakah awak mahu menyusahkan ibu bapa saya juga? Mari tinggal bersama pada tahun hadapan.

Selepas pelakon itu berjanji akan berkahwin dengannya lagi dua tahun, wanita itu bersetuju untuk menggugurkan kandungan tersebut sambil ditemani oleh rakan dan kenalan lelaki itu selain hanya menerima 2 milion won bagi membayar prosedur itu.

Walaubagaimanapun, semuanya berubah selepas insiden itu apabila pelakon berkenaan mula tidak mengendahkannya selain meminta untuk berpisah tanpa sebarang permohonan maaf dan memberi alasan tidak mahu menggugat kewangan dan popularitinya. Malah selepas lelaki itu menempa nama dan menjadi wajah buat pelbagai jenama, dia masih tidak memberikan kata maaf yang ikhlas.

Dalam pada itu, iklan seperti Domino’s Pizza dan Food Bucket dilihat memadam kesemua iklan dengan wajah pelakon itu di laman mereka.

Rata-rata netizen bahawa pelakon berkenaan ialah Kim Seon-ho berdasarkan apa yang dirungkai media.

Kim seonho

Selepas sehari mendiamkan diri, agensi Kim Seon-ho akhirnya memberi respon,

Ini ialah Salt Entertainment, agensi Kim Seon-ho.

Minta maaf kerana tidak dapat memberikan respon dengan cepat.

Kami sedang menyiasat fakta dari entri berkenaan.

Kami meminta kesabaran anda kerana hal berkenaan belum disahkan secara jelas.

Kami minta maaf kerana menyebabkan kecelaruan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...