Ikuti Kami:

Kontroversi Kesaksamaan Gender, ‘The King: Eternal Monarch’ Terima Amaran Piawaian Komunikasi Korea

Kontroversi Kesaksamaan Gender, ‘The King: Eternal Monarch’ Terima Amaran Piawaian Komunikasi Korea

Kesian pula dengan drama “The King: Eternal Monarch”, tiap-tiap hari mesti ada sahaja kritikan yang terpalit pada naskhah tersebut. Mungkin disebabkan ia dipromosi dengan hebat sejak daripada mulanya, jadi penonton meletakkan harapan yang tinggi kepada produk akhirnya.

Kelmarin, drama fantasi ini telah menerima kritikan ramai kerana terlampau mengiklankan pelbagai produk di dalamnya seperti kimchi, kopi, balm muka dan banyak lagi sehingga membuatkan para penonton hilang konsentrasi. Malahan ada yang kritik mengatakan bahawa mereka sedang menonton saluran home shopping.

grafik komputer dalam teh king: eternal monarch dikritik

Terbaru, Piawaian Komunikasi Korea (KCS) telah membuat keputusan untuk menapis drama atau pun program yang menayangkan babak tidak sensitif ke atas mana-mana gender. Oleh sebab itu, “The King: Eternal Monarch” telah tersangkut dek kontroversi mengenai babak yang mencabar kesaksamaan gender dan akan dikenakan amaran.

Babak yang bermasalah tersebut ialah pada episod pertama apabila watak Perdana Menteri Empayar Corea yang dilakonkan oleh Jung Eun-chae telah memberikan implikasi tidak baik dengan menyatakan sesuatu mengenai pakaian dalamnya.

Bra tanpa dawai tak boleh menyokong buah dada.

masalah kesaksamaan gender the king: eternal monarch

Selain itu, semasa pertandingan mengayuh bot, terdapat dua orang wanita dalam kalangan penonton telah mengeluarkan kenyataan yang seperti merendahkan lelaki.

Lelaki tidak perlu berpakaian banyak dan perlu bergerak sentiasa.

masalah kesaksamaan gender the king: eternal monarch

Disebabkan oleh itu, ramai yang mempersoalkan sama ada babak seperti itu akan mempromosikan stereotaip bagi sesuatu gender. Berikut adalah kenyataan daripada KCS,

Ketika berada dalam situasi di mana kesaksamaan gender adalah sesuatu yang perlu diambil berat. Media awam terutamanya siaran televisyen perlu mengorak langkah dalam mempromosikan kesaksamaan gender menerusi sensitif terhadap jantina.

Sangat merisaukan kerana perbuatan mengagungkan jenayah seks, seks komersial dan galakan kepada stereotaip tetap terhadap sesuatu jantina dapat dikesan di dalam babak tersebut.

Teguran untuk kebaikan, harap pihak produksi “The King: Eternal Monarch” terus cekal sehingga ke penghujungnya.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...