Ikuti Kami:

Kontroversi Dera Haiwan, ‘The King Of Tears, Yi Bangwon’ Batal Tayangan Untuk Minggu Ketiga

Kontroversi Dera Haiwan, ‘The King Of Tears, Yi Bangwon’ Batal Tayangan Untuk Minggu Ketiga

Semuanya pasti sedia maklum mengenai drama “The King Of Tears, Lee Bangwon” yang terpali dengan kontroversi penderaan haiwan kan?

Selepas dua minggu membatalkan tayangan, nampaknya drama bersejarah itu tidak akan menayangkan episod baru lagi pada minggu ini.

Sebelum ini, pihak KBS telah mengeluarkan permohonan maaf atas kematian kuda yang digunakan dalam penggambaran drama tersebut. Kemudian, mereka membatalkan penggambaran sekaligus menundakan tayangan pada 22 dan 23 Januari serta 29 dan 30 Januari.

kontroversi taejong yi bangwon

Penggambaran yang masih ditunda tanpa sebarang notis lagi, membuatkan tayangan pada 5 dan 6 Februari juga turut dibatalkan. Khabarnya, peraturan dan cara produksi sedang melalui ‘siasatan teliti’ kini. Malah kru produksi juga belum mendapat tahu bila penggambaran akan disambung semula.

Untuk pengetahuan, “The King of Tears, Lee Bang Won” membawa kisah hidup King Taejong of Joseon yang dilakonkan oleh Joo Sang-wook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...